Monday, April 25, 2011

satu cerita


Dengan sebatang Marlboro Black Menthol dan secawan kopi lazat aku mulakan bicara. Aku bukan sosialis juga bukan liberal. Entah.aku sendiri tidak tahu ke mana harus aku meletak diri.mungkin aku hanya seorang pemerhati. Ya, pemerhati. Apa aku ingin ceritakan kali ini ialah sebuah kisah. Kisah sebuah pilihan raya yang sangat baru melabuh tirai. Di sebuah tempat seberang laut, bawah satu bendera. Di akhirnya sang penindas berabad lama menang lagi. Pembesar yang berambut putih itu menang lagi. Senyum puas. Lebar. Lebih lebih lagi dia dapat meraikan bersama gadis arab bersusuk gebu dan montok. Ada satu gerombolan dari barat cuba menghasut rakyat tempatan supaya pembesar zalim itu jatuh terduduk tapi tak berdaya.dia terlalu kuat. aku kecewa. bukan hanya pada dia.tapi keduanya. Kerana mereka sibuk berebutkan takhta. Lupa pada rakyat jelata. Menang mereka tidak sempurna. Kalah mereka diduga. Aku ada teman di sana.banyak tak terkira. Aku kira mereka tidak selesa.aku pun lihat sakit mata. Bergelut dengan kehidupan. Tidak belajar, tidak dapat pendidikan sempurna. Mereka terus bergelut dan bergelut supaya dapat mereka terus hidup. Tanpa ilmu,mereka bekerja di usia yang sangat muda. Padahal mereka bukan bodoh. Tapi dek kerana kesempitan wang dan kurang kesedaran mereka terperangkap. Ini cerita di dalam Bandar. Aku yakin ia juga berlaku di  kawasan dalam. Pembesar pembesar bukan lupa tapi memang ini yang mereka mahukan.  Supaya anak muda tidak melawan. Supaya nak muda terus berada dalam kejahilan.dapat lah si tua berambut putih itu mengaut segala harta di depan mata. Dan mereka sengaja,.memang sengaja. Dan warkah ini pemula bicara .