Monday, April 25, 2011

satu cerita


Dengan sebatang Marlboro Black Menthol dan secawan kopi lazat aku mulakan bicara. Aku bukan sosialis juga bukan liberal. Entah.aku sendiri tidak tahu ke mana harus aku meletak diri.mungkin aku hanya seorang pemerhati. Ya, pemerhati. Apa aku ingin ceritakan kali ini ialah sebuah kisah. Kisah sebuah pilihan raya yang sangat baru melabuh tirai. Di sebuah tempat seberang laut, bawah satu bendera. Di akhirnya sang penindas berabad lama menang lagi. Pembesar yang berambut putih itu menang lagi. Senyum puas. Lebar. Lebih lebih lagi dia dapat meraikan bersama gadis arab bersusuk gebu dan montok. Ada satu gerombolan dari barat cuba menghasut rakyat tempatan supaya pembesar zalim itu jatuh terduduk tapi tak berdaya.dia terlalu kuat. aku kecewa. bukan hanya pada dia.tapi keduanya. Kerana mereka sibuk berebutkan takhta. Lupa pada rakyat jelata. Menang mereka tidak sempurna. Kalah mereka diduga. Aku ada teman di sana.banyak tak terkira. Aku kira mereka tidak selesa.aku pun lihat sakit mata. Bergelut dengan kehidupan. Tidak belajar, tidak dapat pendidikan sempurna. Mereka terus bergelut dan bergelut supaya dapat mereka terus hidup. Tanpa ilmu,mereka bekerja di usia yang sangat muda. Padahal mereka bukan bodoh. Tapi dek kerana kesempitan wang dan kurang kesedaran mereka terperangkap. Ini cerita di dalam Bandar. Aku yakin ia juga berlaku di  kawasan dalam. Pembesar pembesar bukan lupa tapi memang ini yang mereka mahukan.  Supaya anak muda tidak melawan. Supaya nak muda terus berada dalam kejahilan.dapat lah si tua berambut putih itu mengaut segala harta di depan mata. Dan mereka sengaja,.memang sengaja. Dan warkah ini pemula bicara .

Friday, November 12, 2010

dunia dan kemajuan

salam....

Alhamdulillah tengahari tadi penulis masih diberi kesempatan,kekuatan,peluang dan ruang olah Allah S.W.T untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid kampung pandan...sesak...makin penuh...dulu masih ada ruang lagi untuk parking kat luar masjid...tapi sekarang terpaksa parking jauh2...berjalan..tapi tak mengapalah...perkembangan positif...nanti kalau masjid tak ada orang parah jugak.....

cuma...tadi masa sebelum dan selepas solat ada 2 perkara menarik perhatian penulis...di depan pintu masjid terdapat beberapa orang wanita...menadah tangan dengan membawa bekas...dengan wajah yang sedih, menunduk...panorama ini biasa terlihat pada hari Jumaat terutamanya..dengan wajah yang mengharapkan simpati meminta sedikit sedekah dari para jemaah yang menunaikan solat Jumaat...kasihan...tersentuh hati penulis...tertanya tanya dalam hati apakah hanya ini punca rezeki mereka..simpati dari orang ramai...ketika ramai kita hidup selesa...cukup makan..cukup pakai..masih ada lagi insan insan sebegini...

panorama ini mengingatkan penulis kepada pembentangan bajet 2011 baru2 ini oleh perdana menteri...paling menarik perhatian penulis selain penurun cukai beg tangan, seluar dalam dan kelambu malam(entah apa apa) adalah cadangan pembinaan menara warisan 100 tingkat di kuala lumpur bernilai rm 5 billion...dengan hujah pembinaan ini boleh memacu ekonomi negara dan menarik pelabur asing...cadangan ini seakan tidak relevan kepada penulis...bagi penulis jika menara tinggi  ini menjadikan rakyat negara kita mencapai piawai berpendapatan tinggi , sudah lama perkara ini berlaku dengan tertegaknya nya menara berkembar petronas...antara paling tinggi di dunia...tapi kita masih begini....apalah salahnya dari membazir duit rakyat kita gunakan untuk pembangunan rakyat miskin....jika kemaruk pun nak mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi seperti menara warisan ini, INI BUKAN MASANYA! ekonomi kita teruk...pelaburan asing yang masuk di negara kita saban tahun berkurangan...malh kita kalah dengan negara seperti Indonesia, Thailand..apatah lagi Singapura...yang kita menag hanya dengan negara Zimbabwe dan Burma....kita Tun Mahathir melancarkan visi 2020...negara kita setiap tahun ekonominya bertumbuh 9%...tapi sekarang ekonomi kita menguncup...mungkin kita tidak dapat mencapai visi 2020...

p/s- ibnu khaldun pernah berkata runtuhnya sesebuah kerajaan atau empayar itu bila banyak tertegaknya bangunan bangunan tinggi....